Syarikat

TDBG (TD Business Group Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam bidang pertanian, perkilangan, import eksport, pemasaran, kosmetik, resort, restoran dan penyediaan makanan.

Berikut adalah anak-anak syarikat yang bernaung di bawah TD Business Group:

- TD Agrotech And Supply (TDAS)
- TD Factory And Contract Farming.
- TD Marketing And Development.
- TD Resort And Homestay.
- TD E. Biz.
- Vanilla Cafe And Catering.
- Vanilla Blossom Cosmetic.

Buat masa ini, TDBG menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian penanaman dan penternakan melalui anak syarikatnya TD Agrotech and Supply (TDAS) di atas sebidang tanah seluas 16 ekar yang terletak di negeri Johor.

PROFILE PENUH SYARIKAT:
TD Business Group
No 35,
Kg Tiram Duku,
81550 Gelang Patah,
Johor.
E-MAIL :
info@tdbusinessgroup.com
tdagrotech@yahoo.com.my

OBJEKTIF:
- Untuk memberi pendedahan teknik-teknik menternak dan menghasilkan benih-benih lintah yang berkualiti tinggi untuk kegunaan dan faedah manusia.
- Melatih, memantau dan melahirkan para usahawan bumiputra tentang cara penternakan lintah yang sistematik bagi memaksimakan pulangan.
- Menjalankan kajian dan pembangunan yang berterusan bagi menghasilkan produk-produk innovatif berasaskan pertanian untuk kepentingan manusia.

LEMBAGA PENGARAH:
Abdul Mutalib Adam.
Azleen Binti Abdul Razak.

MISI:
Melahirkan usahawan Bumiputera di bidang Pertanian dan Asas Tani.
Sebagai sebuah syarikat pemangkin untuk menghasilkan produk-produk baru dan innovatif yang berasaskan pertanian bagi kegunaan dan faedah manusia.

VISI:
Menjadi sebuah Syarikat Utama yang menjalankan penternakan, penanaman, penyelidikan, pembangunan dan perniagaan berasaskan pertanian khususnya di Malaysia dan Asia.