Selamat datang kepada semua pengunjung laman web TD Business Group Sdn Bhd. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke laman weblog kami.

Sebagai salah satu syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus penternakan lintah komersial di Malaysia, pastinya kami berharap agar laman ini dapat membantu semua bakal usahawan lintah yang ingin berjaya terutamanya dari segi sokongan moral, fizikal mahupun material. Tidak kira sama ada anda baru dalam dunia perniagaan mahupun tidak, kami tetap akan menunjukkan betapa besarnya potensi perniagaan lintah ini.

Kami juga optimis dalam mendapatkan tindakbalas serta perkembangan terkini dari semua peserta yang telah mengikuti kursus kami. Ini adalah kerana kami percaya bahawa setiap keyakinan dan ketelitian yang tinggi akan membuahkan hasil yang sempurna. Falsafah syarikat kami yang positif juga selalu menjadi motivasi yang kerap kami kongsikan kepada semua peserta kursus.

Sememangnya lintah komersial kini menjadi satu daripada perniagaan yang mendapat permintaan yang tinggi sekali. Jika anda ada sebarang pertanyaan mahupun usulan, sila hubungi kami di muka surat yang telah disediakan.

Malaysia Boleh !!!

Laporan kursus lintah 28-29hb Jun yang lepas.