Khidmat

Kami di TD Business Group amat mementingkan segala aspek yang ada dalam perkhidmatan kami. Perkhidmatan yang kami sediakan merangkumi konsultansi (khidmat rundingan), penyelidikan dan pembangunan (R&D - research and development), penjualan dan pembelian sumber berasaskan pertanian, pemasaran produk serta pemantauan untuk semua rakan niaga yang terlibat.

Buat pengetahuan anda, TDBG telahpun memulakan atau menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian penanaman dan penternakan melalui anak syarikatnya TD Agrotech and Supply (TDAS) di atas sebidang tanah seluas 16 ekar yang terletak di negeri Johor.

Berdasarkan lokasinya yang berhampiran dengan pelabuhan terkemuka dunia iaitu pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang hanya memakan masa 7 minit dan rangkaian lebuhraya utara selatan serta laluan kedua (second link) ke Singapura menjadikan ia satu kawasan yang strategik dari segi logistik.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh syarikat kami:

Aktiviti Pengurusan Info
Ternakan Lintah
- TDAS mempunyai 4 buah kolam tanah dan sebanyak 30 unit kolam polytank.
TDAS Penternakan ini telah dimulakan pada bulan Disember 2005 dengan membina sistem ternakan secara kolam tanah seluas 60’ x 20’ sebanyak 4 buah kolam dengan modal permulaan hampir RM80000.
Ternakan Ikan Keli
- TDAS juga mempunyai 5 buah kolam ternakan ikan keli. Projek ini baru sahaja dimulakan dan benih anak-anak ikan keli akan dimasukan didalam bulan Jun 2008 ini.
TDAS TDAS memulakan projek ini disebabkan mendapat tempahan daripada pelanggan yang memerlukan sebanyak 2 tan setiap kali penghantaran.
TDAS menjangkakan penghantaran pertama akan di buat di dalam bulan Ogos 2008 nanti.
Tanaman Vanilla
- TDAS telah menanam seluas 1 ekar tanaman Vanilla yang di tanam pada bulan Oktober 2006. Dengan keluasan ini sebanyak 2000 pokok Vanilla telah berjaya di tanam.
TDAS Tanaman Vanilla ini dijangka akan mengeluarkan hasilnya pada pertengahan tahun 2009. Jangkaan hasil yang akan dikutip adalah sebanyak 2.5 hingga 3 metrik tan.
Aktiviti Utama Pada masa ini TDAS telah mengembangkan lagi sayapnya dengan menjalankan kerjasama di dalam bidang R&D dengan universiti-universiti tempatan bagi menghasilkan beberapa produk berasaskan lintah.

Jika anda berminat untuk mengikuti semua kursus dan juga aktiviti kami, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut!