Gambar-gambar semasa kursus 28-29hb Jun 2008

Sebahagian dari gambar yang diambil ketika sesi penerangan mengenai dunia lintah oleh Major (B) Khairul Azhar. Kelihatan Major sangat bersahaja dan selamba dalam menarik perhatian peserta mengenai cerita dan pengalaman beliau sendiri.

Sesi soal jawab mengenai kelayakan pinjaman untuk permohonan pinjaman bersama pegawai TEKUN, En Zuraidi. Penerangan yang beliau sampaikan amatlah berguna dan bermanfaat bagi semua peserta yang hadir. Terima kasih En Zuraidi!

Presentation yang sungguh bertenaga dari Pengarah Urusan Syarikat, Puan Azleen. Penerangan yang diberikan adalah lebih menjurus kepada kualiti lintah yang diternak oleh TD Agrotech termasuklah “lab” ataupun makmal yang telah disediakan oleh pihak syarikat untuk Reseacher dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beginilah praktikal ataupun cara berbekam dilakukan. Bagi Ustaz Musa, berbekam dengan lintah sebenarnya lebih bagus kerana lintah mempunyai “bius”nya yang tersendiri ciptaan Tuhan. Malah, penggunaan lintah sebagai medium penyembuhan juga semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan moden di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa 1 ekor lintah hidup berharga hampir RM25 di Amerika? Lintah yang digunakan sebagai “bekam” kelihatan semakin gemuk setelah menyedut darah yang kotor dalam badan. Setelah lintah itu “kenyang”, ia akan jatuh dengan sendiri dan adakalanya, lintah akan termuntah semula darah yang disedutnya tadi. Satu yang perlu diingat, lintah hanya akan menyedut darah yang kotor dan akan merembeskan darah cair yang berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia!

Lawatan ke tapak sebenarnya bukanlah hanya sekadar melihat dan bertanya mengenai lintah tetapi ianya lebih dari itu. Walaupun cuaca agak panas, tetapi komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sungguh mengkagumkan. Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersama dalam menyediakan kolam polytank lintah. Kelihatan dua peserta USAHANITA yang turut bersama dengan peserta lelaki. Dapat juga dilihat En Khairol Niza dan juga “Papa Lintah”, En Kamal membantu peserta dalam memberikan tunjuk ajar. Waktu makan tengah hari adalah satu lagi peluang bagi peserta untuk mengemukakan pendapat dan juga soalan yang mungkin belum terjawab. Apa yang pasti, kebanyakan peserta semakin yakin dengan prospek perniagaan lintah ini. Segala kekusutan yang sebelum ini tersimpan semuanya sudah jelas dan semangat untuk mejadi seorang usahawan lintah semakin berkobar-kobar. Kelihatan di situ adalah Laywer En Hairul Anuar serta Puan Azleen duduk semeja dengan peserta.

Inilah dia bakal-bakal usahawan lintah yang sudah menjadi sebahagian daripada TD AgroTech. Berjumpa kita di puncak kejayaan !!!