Laporan kursus ternakan lintah komersial di Naza Hotel, Johor Bahru pada 12hb Julai 2008.

Seperti yang semua sedia maklum, pihak syarikat baru sahaja menamatkan satu lagi kursus ternakan lintah komersial pada 12hb Julai yang lepas. Bertempat di Naza Hotel, Johor Bahru kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya.

Bagi pihak kami, layanan dan juga perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hotel sungguh memuaskan berbanding sebelum ini (hotel yang berlainan). Dewan seminar juga sungguh bersih dan luas. Para peserta tidak menghadapi masalah dengan keselesaan dewan, begitu juga pihak syarikat.

Walaupun terdapat sedikit kelewatan semasa waktu pendaftaran, tetapi itu tidak menghalang para peserta kursus lintah untuk bersama-sama dalam memanfaatkan sesi satu hari tersebut. Apa yang pasti, kursus lintah selama satu hari ini kelihatannya tidak cukup untuk peserta kursus kerana mereka tidak berkesempatan untuk ke tapak ternakan lintah di Gelang Patah.

Sebagai memenuhi kehendak pelawat laman web ini, kami akan sertakan gambar-gambar untuk anda lihat dan jangan lupa untuk mendapatkan info bagi kursus lintah terkini yang akan diadakan dari masa ke semasa. Oh ya… segala info terkini akan diletakkan di bahagian info bergerak di sebelah kanan laman web ini. Harap maklum.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah di ambil sepanjang kursus lintah yang lepas:


Sperti biasa, sesi bersama Mejar (B) Khairul Azhar berlangsung tanpa ada apa-apa gangguan dari segi teknikal. Dengan gaya yang bersahaja tanpa mkirofon, Mejar telah tampil dengan satu kejutan di mana beliau telah menyiapkan beberapa video yang sungguh berharga untuk bakal-bakal vendor. Antara video yang ditunjukkan ialah rupa dan keadaan anak lintah semasa berusia 1 bulan, 2 bulan dan seterusnya. Syabas kepada Mejar!!!

Inilah 2 orang kuat bahagian operasi iaitu En Khairol Niza (Pengurus Operasi) dan En Kamal (Pembantu Pengurus Operasi). Mereka berdua bertanggungjawab di dalam lapangan praktikal dan juga sesi teknikal. Walaupun tiada lawatan ke tapak untuk kursus lintah kali ini (seperti yang dikatakan di atas), tetapi diharapkan segala praktikal yang diberikan dapat memberikan sedikit pendedahan dalam membuat polytank lintah.

Untuk pengetahuan anda, hanya bakal-bakal vendor yang telah mengikuti kursus ternakan lintah anjuran TD Business Group melalui anak syarikatnya TD Agrotech and Supply sahaja yang diberikan kebenaran untuk melawat tapak ternakan lintah kami di Gelang Patah. Malah, pihak syarikat sentiasa mengalu-alukan kedatangan bakal-bakal usahawan lintah ini.

Waktu makan tengah hari sememangnya menjadi satu waktu yang seronok untuk mengeratkan tali silatur-rahim antara pihak syarikat dan juga para peserta. Dan seperti yang anda jangka, ini jugalah waktu yang sesuai untuk berdiskusi mengenai pengalaman menternak lintah. Tidak kira dari aspek mana perbualan ditimbulkan, semuanya bersangkut paut mengenai lintah. Lintah…. oh lintah….

En Zuraidi masih lagi dengan ucapan bertenaganya. Kami sendiri seronok mendengar ucapan En Zuraidi setiap kali beliau datang untuk memberikan penerangan mengenai bagaimana fungsi dan juga khidmat yang diberikan oleh Tekun. Sememangnya ucapan En Zuraidi sentiasa menyedarkan kami bahawa kusungguhan itu adalah amat penting dalam sesuatu perniagaan. Janganlah berniaga semata-mata kerana wujudnya Tekun Nasional, tetapi mintalah bantuan daripada Tekun untuk membesarkan perniagaan. Itulah semangat yang diperlukan. Terima kasih En Zuraidi!

Sesi bersama Lawyer Khairul Anuar yang dinantikan oleh peserta. Sebagaimana yang telah umum ketahui, pihak syarikat juga menawarkan “Contract Farming” di mana semua lintah yang diternak oleh vendor akan dibeli semula dengan harga RM100 bagi setiap kilogram. Apa yang pasti, nilai belian semula yang ditawarkan pihak syarikat melalui perjanjian ‘Contract Farming‘ adalah satu langkah ’selamat’ bagi vendornya supaya masalah jualan di kemudian hari tidak timbul.

Sesi kemuncak bersama Pengarah Urusan syarikat, Puan Azleen. Bermula dengan sedikit info mengenai latar belakang syarikat, penerangan yang diberikan oleh Puan Azleen semakin mendapat perhatian kerana dapat dilihat bahawa semakin banyak soalan yang ditanyakan oleh para peserta.

Apa yang pasti, para peserta berasa selesa setelah mendapat maklum balas secara terus dari Pengarah Urusan syarikat sendiri. Segala soalan yang tersimpan di dalam hati telah diutarakan dan semakin dalam soalan diberikan, semakin tinggi minat dan pemerhatian yang ditunjukkan oleh para peserta termasuklah bagaimana kualiti lintah syarikat dijaga oleh pihak Universiti teknologi Malaysia di bawah kerjasama yang telah ditandatangani bersama.

Baiklah, cukup untuk setakat ini dan berjumpa lagi kita di kursus lintah yang akan datang!