
Seperti mana yang telah diketahui, pihak syarikat baru sahaja menganjurkan satu lagi kursus lintah dengan jayanya pada 28-29hb Jun yang lepas di Hotel Good Hope, Skudai. Walaupun pihak syarikat dan peserta kursus mulanya kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pihak hotel, tetapi pihak syarikat amat menyenangi sikap positif dan juga profesionalism yang telah ditunjukkan oleh kesemua peserta. Untuk peserta semua, pihak syarikat ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih daun keladi di atas komitmen yang telah diberikan!!!
Sebagaimana yang telah dijangkakan, kursus ini telahpun berjaya diikuti dengan cemerlangnya. Kesemua acara yang telah disediakan 100% telah diambil perhatian yang sepenuhnya oleh para peserta. Berikut adalah ringkasan acara yang telah diikuti oleh para peserta:
Hari Pertama (siang):
- Peserta terpaksa mendaftar lewat sedikit atas ketidakberkesanan pengurusan hotel.
- Sesi pengenalan dan briefing mengenai kursus lintah dari En Aidil.
- Pembentangan slaid dari Major (B) Khairul Azhar mengenai tatacara menternak lintah dan juga pengalaman beliau dalam menternak lintah sendiri.
- Penjelasan dari Peguam; En Hairul Anuar berkenaan hak-hak kedua belah pihak sepertimana yang termaktub dalam “Contract Farming” dan bagaimana peserta boleh mendapat jaminan pendapatan di masa hadapan.
- Penerangan yang panjang lebar mengenai pinjaman dari “orang kuat” TEKUN; En Zuraidi. Ini adalah salah satu sesi yang amat ditunggu kerana semua peserta sudahpun mempunyai komitmen yang tinggi untuk memulakan perniagaan ini. Yang tinggal hanyalah untuk mendapat bantuan tambahan dari segi kewangan.
- Sesi bersama Pengarah Urusan Syarikat Puan Azleen mengenai peluang, masa hadapan, prospek dan bagaimana Vendor boleh pergi lebih jauh bersama pihak syarikat. Puan Azleen juga menerangkan mengenai penglibatan UTM Skudai bersama pihak syarikat untuk proses Research And Development (R&D) dalam meningkatkan kualiti lintah baka TD AGroTech.
Hari Pertama (malam):
- Di sebelah malamnya, Kursus Bekam Lintah dijalankan. Di pimpin oleh Ustaz Musa, kursus ini semakin menunjukkan “taringnya” apabila lintah di bawa masuk ke dalam dewan seminar beserta slaid-slaid yang berkaitan. Semakin dalam penerangan yang diberikan oleh Ustaz Musa, semakin banyak pula soalan yang diajukan dan semakin dalam pemahaman.
- Setelah asas teori bekam lintah diterangkan, Ustaz Musa tidak menunggu lama untuk sesi “demo” atau praktikal. Major (B) Khairul Azhar adalah orang pertama yang menawarkan diri untuk berbekam dan diikuti oleh beberapa peserta yang lain.
- Sesi ini sebenarnya telah mengeratkan hubungan antara pihak syarikat dan peserta kerana masing-masing amat teruja sekali apabila melihat cara berbekam dengan menggunakan lintah secara langsung di hadapan mata mereka sendiri!
Hari Kedua (terakhir):
- Selepas bersarapan, para peserta terus menaiki kenderaan yang disediakan untuk ke ladang TD AgroTech .
- Tahniah kepada peserta yang membawa buku nota, kamera dan juga handphone berkamera kerana ini adalah satu gambaran betapa seriusnya mereka dalam membuat persiapan.
- Sampai sahaja di ladang, peserta telah disambut oleh Pengurus Operasi, En Khairol Niza dan juga “Papa Lintah” iaitu En Kamal.
- Semua peserta menjalani praktikal dengan berusungguh-sungguh sekali. Habis basah baju dek peluh yang mencurah. Seperti yang dikatakan oleh salah seorang peserta “Biar berpeluh dan basah, YANG PENTING, kami dapat ikuti dan memahami segala tunjuk ajar yang diberikan supaya pengalaman yang ditimba hari ini dapat kami gunakan pada hari kemudian kelak…”
- Waktu makan tengah hari juga diberikan perhatian oleh Pengarah Urusan Syarikat; Puan Azleen dan Peguam En Hairul Anuar untuk duduk semeja bersama dengan peserta. Hasilnya, peserta sekali lagi berpeluang untuk bertanyakan mengenai pinjaman TEKUN dan juga sokongan yang akan diberikan oleh pihak syarikat.
Petang:
- Majlis Penyampaian Sijil Kursus Lintah dan juga Sijil Bekam Lintah telahpun diadakan.
- Setelah sesi bergambar, majlis pun bersurai.
*** Semua gambar-gambar kursus sudahpun di upload. Sila klik
untuk melihat gambar-gambar tersebut.




