Liputan bersama RTM pada 28hb Jun 2008.

Bersempena dengan pelancaran rasmi ladang TD Agrotech and Supply dan seperti yang telah dimaklumkan pada entri yang sebelumnya, pihak RTM akan datang ke ladang TD Agrotech pada 28hb Jun ini. Liputan yang dibuat oleh RTM ini sebenarnya mempunyai nilai yang positif sekali iaitu untuk membuka minda rakyat Malaysia yang lain bahawa perniagaan agro sememangnya boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Sebenarnya, pihak syarikat sungguh berterima kasih sekali terhadap kerjasama yang telah diberikan oleh pihak RTM kerana pihak syarikat sedar bahawa ini adalah satu bentuk sokongan dan galakan yang dari pihak kerajaan kepada pengusaha agro seperti kami.

Bukan itu sahaja, pihak syarikat baru-baru ini telah melepaskan benih ikan keli sebanyak 10,000 ekor ke dalam kolam ikan keli. Ini merupakan satu lagi perkembangan yang positif bagi pihak syarikat kerana sebagai salah sebuah syarikat yang mengusahakan perniagaan agro di selatan tanah air (Johor), penternakan ikan keli adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Jumpa di sana yea …! :)