Daily Archives: June 2nd, 2008

Inilah laman web kami!

Akhirnya, siap juga laman web kami!

Sepertimana yang telah anda lihat, inilah rupa laman web syarikat kami (Versi 1.0). Walaupun laman web ini tidaklah semegah mana, tapi kami percaya bahawa laman web ini mampu untuk memberikan info-info yang terkini mengenai perniagaan lintah di Malaysia.

Sebenarnya, laman ini amat besar maknanya bagi syarikat kami.
Sebagai pengendali kursus ternakan lintah yang berpengalaman, adalah penting bagi kami untuk memiliki satu laman web kerana masih ramai lagi bakal usahawan lintah di luar sana yang tidak tahu cara dan kaedah untuk menjalankan perniagaan lintah yang sungguh berpotensi ini.

Bukan itu sahaja, disebabkan permintaan kursus lintah dan kaedah ternakan lintah moden semakin mendapat sambutan, adalah mudah bagi kami untuk menyalurkan maklumat tambahan dan info terkini seperti tempat dan tarikh bagi kursus yang akan datang.

Jadi, sentiasalah berhubung dan melawat laman web kami ini untuk perkembangan terkini. Jumpa lagi di entri yang akan datang!!!